Thursday, July 5, 2012

Kala Subuh Itu

Subuh itu
Membangkitkan hati-hati yang leka
Membangunkan mata-mata yang lena
Menyegarkan badan-badan yang lesu
Menghidupkan jasad-jasad yang telah mati seketika

Subuh itu
Penuh dengan kesunyian, keheningan
Yang padanya bisa menenteramkan jiwa
Yang padanya penuh dengan keberkatan
Yang padanya penuh dengan kerahmatan
Yang padanya juga penuh dengan kekuatan

Dinihari yang sunyi sepi
Dengan kelantangan suara bilal
Melaungkan tahrim yang bisa memecahkannya
Yang menggemakan alam yang sunyi

Subuh itu
Pemula hari baru
Saat azan dikumandangkan
Lalu diseru seluruh umat Islam untuk tunduk, ruku’ dan sujud pada yang Esa
Mengalahkan nafsu dan bisikan yang ingin terus dibuai mimpi
Menarik selimut-selimut yang menyelesakan jasad yang ingin kepadaNya

Sungguh subuh itu!
Padanya terkumpul seribu satu rahsia
Sedari zaman insan mulia Muhammad s.a.w
Menyimpan kekuatan ummah
Menggerunkan seteru-seteru yang ingin menghancurkan ummah
Apabila ia dimakmurkan dengan tasbih dan zikir dari setiap jasad umat Islam

Ayuh bangun wahai saudara saudariku!
Jika terlepas akanmu waktu Subuh
Jika terlewat akanmu waktu Subuh
Jika terlalai akanmu jemaah Subuh
Yakin dan percayalah bahawasanya harimu tidak lengkap
Kerana Tuhanmu Allah azza wa jalla meninggikan mereka yang memakmurkan Subuh
Tiada engkau merasakan kehilangan andai Subuhmu dijaga
Kerana Subuh itu adalah hidupmu!


~kakipena~


Ditulis Oleh : KELAB IQRA' UTHM // 12:12 AM
Kategori:

0 comments:

Post a Comment

 

Followers

Powered by Blogger.